Selasa, 29 April 2008

HIDUP HANYA SEKALI


1. Semalam : Sudah menjadi sejarah

2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan

3. Esok : Hari yang belum pasti


Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik

2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal di dalam neraka

2. Kekal di dalam syurga


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dankita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.


Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.


Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1. Dia mungkin didenda

2. Segala suratnya masuk tong sampah.


Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... . Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

10 Wasiat Imam Syafie


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.




MUHASABAH DIRI...

Teman,
Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukannur iman dan Islam bukannya berdasarkan nafsu yangsentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan yang tidakberkesudahan. Seorang ulama' telah mengukirkanungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikatdengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu,binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakalamanusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu.
Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akalyang berpandukan syariat Ilahi maka dia lebih baikdaripada malaikat tetapi jika dia tewas dengan pujukannafsunya maka dia lebih hina daripada binatang. Kita jugapernah mendengar kisah bagaimana seorang 'abid dizaman silam apabila terdetik sahaja kehendak nafsunyayang inginkan keseronokan maka dia akan berguling diatas padang pasir yang panas sambil mengatakan kepadadirinya sendiri adakah tubuhnya akan dapat menahandaripada azab neraka yang lebih panas daripada itu.
Seorang yang lain pula menangis sehingga hilangpenglihatannya kerana menyesal dengan dosa yangdilakukan. Tidak ketinggalan dicoretkan bagaimanaseorang hamba yang bertaqwa tetapi pada suatu hariseolah-olah kehilangan kuasa untuk mengawal kehendaknafsunya dan cuba melakukan zina dengan seorangpelacur yang dilihatnya tetapi sebelum terlanjur ke arahkemunkaran dia tersebut nama Allah lalu dia jatuh danmenggelempar serta menghembuskan nafas terakhir di situjuga kerana begitu ketakutan dengan apa yang cubadilakukan.
Bagaimana pula dengan diri kita wahai teman?Godaan dan cubaan berada di sekitar kita. Adakah kitatelah cuba sedaya yang mungkin di dalam menghindarinyaataupun kita sendiri dihanyutkan oleh keadaan sekeliling?Jagalah pancaindera kita daripada kemungkaran yangmelata. Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W sebagaimanayang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hamba yang baikialah mereka yang beragama dan menyediakanbekalan amalan selepas mati. Manakala orangsombong adalah mereka yang mengikut kehendaknafsu dan mengharapkan belas kasihan Allahsemata-mata.
Teman,
Bagaimana pula dengan ibadat seharian kita wahaiteman?. Adakah kita merasakan ia sudah banyak danmencukupi sedangkan kita pernah membaca kisahmengenai seorang lelaki dari Bani Israel telah beribadatkepada Allah selama 70 tahun. Allah telah mengutuskanmalaikat kepadanya dan menyatakan bahawa ibadatnyayang begitu banyak tidak mampu menjamin dia untukmerasai nikmat Syurga Allah. Lalu dia menyatakanbahawa dia beribadat kerana dia dijadikan untukberibadat bukannya mengharapkan balasan.
Apabila malaikat memberitahu kepada Allah tentang jawapan yangtelah diberikan maka Allah menyatakan bahawa Dia telahmengampuni segala dosa-dosa lelaki itu. Rabi'ah'Adawiyah salah seorang daripada waliullah telahmenyatakan bahawa ibadat yang ditunaikan bukan keranatakut azab Allah dan mengharapkan syurga Allah tetapidilakukan kerana taat dan patuh pada perintahNya.Sayyidina Ali mengatakan sesiapa yang menganggap diaakan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka diasebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yangbercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama denganusaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya.Sayyidina Hassan juga pernah mengingatkan bahawamengharapkan Syurga tanpa amalan merupakan satu dosadaripada dosa-dosa yang lain.
Teman,
Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa ilmutanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.Ketahuilahbahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita hari inidaripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taatserta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka.Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapatkembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi.Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunyaqiamat tidak akan diterima malah kita akan diherdikdengan kata-kata pedas : Wahai orang yang bongkak!Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?.Rasulullah beristighfar lebih 70 kali sehari dan sentiasamengamalkan salam kepada para sahabat sehingga parasahabat merasa malu kerana setiap kali berjumpa makaRasulullah S.A.W yang merupakan orang pertama yangmemberi salam bukannya mereka. Bagaimana dengan kitawahai teman? Hayatilah hadis Rasulullah yangdiriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hitunglah diri kamusebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan kamusebelum ia ditimbang oelh Allah kelak.
Teman,
Renungilah kata-kata imam al-Ghazali bahawa jikakita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribukitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untukmendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan.Sekalipun seseorang hamba memasuki Syurga dengankelebihan dan kasih sayang daripada Allah tetapi ia dapatdicapai selepas dia menunaikan segala ketaatan dan ibadatkerana rahmat Allah hampir dengan orang yang sentiasamengerjakan amalan yang baik dan soleh. Renunglah dirimu wahai teman!Juga diri ini yang banyak dosa dan maksiat padaNya...Moga terampun segala dosa dan khilaf...

DAHSYATNYA NERAKA ALLAH

LUASNYA NERAKA!!!

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."



Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada

Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat .

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.