Sabtu, 5 April 2008

ADAKAH KITA BETUL BETUL SIBUK?

Adakah kita betul-betul Sibuk?

Firman Allah s.w.t.
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

~Surah Ali-Imran, ayat 114~
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

~Surah An-Nisa, ayat 40~ Skop amal kebajikan amat luas; dari semudah melemparkan senyuman yang menggembirakan orang lain sehinggalah sepayah mengorbankan harta dan masa untuk agama Allah. Ia mudah bagi yang mahu dan sukar bagi yang suka memberi alasan.


Ketika acapkali kita mengajak orang melakukan kebajikan yang memerlukan sedikit pengorbanan masa seperti mengajak sahabat untuk solat jemaah di masjid atau mengajak sahabat ke program-program dakwah, acapkali juga kita mendengar alasan-alasan skema seperti 'takda masa la', 'bizy la nak siapkan homework', 'aku tak sempat pegi. Lain kali ek' dan macam-macam lagi. Maklumlah, 24 jam sehari amat pendek dan jika ke masjid nak solat jemaah, dah ambil masa 30 minit. Membazir masa namanya.

Namun adakah kita benar-benar sibuk atau tidak mempunyai masa sedangkan dalam sehari, kita mampu:

menghabiskan 2 jam di depan laptop/komputer untuk 'layan' Youtube
menghabiskan 2 jam membaca manga/komik samada online atau offline
menghabiskan sejam untuk check akaun friendster/myspace/facebook dan melihat gambar terbaru rakan-rakan kita
menghabiskan 2 jam setengah menonton drama bersiri jepun/korea kegemaran kita di samping melihat awek-awek cun jepun/korea berlakon
menghabiskan 3 jam di hujung minggu untuk window shopping di shopping complex terutamanya di KLCC
menghabiskan sejam setengah sebelum tidur untuk bermain computer games
tidur terlalu lama; melebihi had yang sepatutnya
dan macam-macam lagi aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada ummah


Jika kita kerap melakukan perkara-perkara di atas, patutkah kita memberikan alasan bahawa kita busy/sibuk tatkala kita di offer untuk melakukan kebajikan?? Jawapan di 'tangan' kita semua.

Jumaat, 4 April 2008

puisi.........

YA ALLAH AKU MAHU BERUBAH


YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…


NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

Khamis, 3 April 2008

RAHSIA KHUSYU' DALAM SLOAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al- Isam dan bertanya :

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1.bertaubat
2.menyesali dosa yang dilakukan
3.tidak tergila-gilakan dunia
4.tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5.tinggalkan sifat berbangga
6.tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Nilai KAsih Ibu

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar'pada mukasurat yang ditulisnya. Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Selasa, 1 April 2008

MY NAME.......


What JASS AZLIEZAN Means

J is for Juicy

A is for Ambitious

S is for Smooth

S is for Sensitive

A is for Adventurous

Z is for Zingy

L is for Lucky

I is for Innocent

E is for Earthy

Z is for Zappy

A is for Altruistic

N is for Neglected

BESIDE MY NAME.........

What Jass Azliezan Means
You are fair, honest, and logical. You are a natural leader, and people respect you.You never give up, and you will succeed... even if it takes you a hundred tries.You are rational enough to see every part of a problem. You are great at giving other people advice.You are usually the best at everything ... you strive for perfection. You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.You are the total package - suave, sexy, smart, and strong.You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.

You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.You are friendly, charming, and warm.

You get along with almost everyone.You work hard not to rock the boat. Your easy going attitude brings people together.At times, you can be a little flaky and irresponsible. But for the important things, you pull it together.You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

DOA.........

...Bismillahirrahmaanirrahim...
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu , rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah , jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.......Amin.....