Rabu, 26 Mac 2008

DOSA MENGUMPAT

Buat rakan-rakan yang beragama islam, marilah sama-sama mengalunkan zikrullah. basahilah lidah dengan menyebut nama Allah supaya diri kalian terhindar dari gangguan syaitan.

Didalam satu Hadis dilaporkan bahawa baginda s.a.w. ada bersabda:"Barang siapa yang didapati padanya empat perkara, nescaya ia akan memperolehi segala kebaikkan di dunia dan di akhirat.Pertama, lidah yang sentiasa dibasahi dengan berzikir.Kedua, Hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur.Ketiga, Anguta-angguta tubuh yang sentiasa menahan segala penderitaan.Keempat, isteri yang tidak mengkhianati maruahnya dan harta benda suaminya."

Tazkirah:DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebutkeburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatuperkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasukapabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut namapelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan sepertimemakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan dagingmanusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akandiampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagiorang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal danmenerima pembalasannya diakhirat.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat keranamengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukanzina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dansesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanyasebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya danIbnu Hibbad)Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagisebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunyadiperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalasperbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda RasulullahS.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum berimandengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamumengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaibansaudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akanmendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayatAbu Daud)Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Padarekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalahseperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelumitu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu keringsehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besarapabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannyadidunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakahdatangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernahmelakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orangyang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikankepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkankepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusahamengelakkan diri daripada melakukannya.Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Isnin, 24 Mac 2008

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati. Mengapakebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan> agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut> menghampiri kami. Amin.. amin.. amin> Yarobbal a'lamin.."