Adakah kita betul-betul Sibuk?
Firman Allah s.w.t.
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
~Surah Ali-Imran, ayat 114~
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
~Surah An-Nisa, ayat 40~ Skop amal kebajikan amat luas; dari semudah melemparkan senyuman yang menggembirakan orang lain sehinggalah sepayah mengorbankan harta dan masa untuk agama Allah. Ia mudah bagi yang mahu dan sukar bagi yang suka memberi alasan.
Ketika acapkali kita mengajak orang melakukan kebajikan yang memerlukan sedikit pengorbanan masa seperti mengajak sahabat untuk solat jemaah di masjid atau mengajak sahabat ke program-program dakwah, acapkali juga kita mendengar alasan-alasan skema seperti 'takda masa la', 'bizy la nak siapkan homework', 'aku tak sempat pegi. Lain kali ek' dan macam-macam lagi. Maklumlah, 24 jam sehari amat pendek dan jika ke masjid nak solat jemaah, dah ambil masa 30 minit. Membazir masa namanya.
Namun adakah kita benar-benar sibuk atau tidak mempunyai masa sedangkan dalam sehari, kita mampu:
menghabiskan 2 jam di depan laptop/komputer untuk 'layan' Youtube
menghabiskan 2 jam membaca manga/komik samada online atau offline
menghabiskan sejam untuk check akaun friendster/myspace/facebook dan melihat gambar terbaru rakan-rakan kita
menghabiskan 2 jam setengah menonton drama bersiri jepun/korea kegemaran kita di samping melihat awek-awek cun jepun/korea berlakon
menghabiskan 3 jam di hujung minggu untuk window shopping di shopping complex terutamanya di KLCC
menghabiskan sejam setengah sebelum tidur untuk bermain computer games
tidur terlalu lama; melebihi had yang sepatutnya
dan macam-macam lagi aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada ummah
Jika kita kerap melakukan perkara-perkara di atas, patutkah kita memberikan alasan bahawa kita busy/sibuk tatkala kita di offer untuk melakukan kebajikan?? Jawapan di 'tangan' kita semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan